Monday 18 February 2013

Restoran Sri Perantau

Restoran Sri Perantau merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal di dalam daerah Pasir Puteh, Kelantan. Restoran ini diasaskan oleh Che Daud @ lebih mesra dengan panggilan Pak Da bagi penduduk tempatan. Restoran ini menyediakan pelbagai menu istimewa yang pastinya pengunjung berpuas hati dengan hidangan yang disediakan. Menu yang paling laris di restoran ini adalah roti canai dan nasi lemak. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai keenakan masakan ala thai asli yang disediakan oleh Mak Da iaitu isteri kepada Pak Da. Bagi perantau yang pulang ke kampung halaman bagi musim cuti, Restoran Sri Perantau merupakan destinasi persinggahan yang strategik.